1Tuan Rumah
2Penyewa
3Semakan
4Siap
Kelengkapan borang 0%
Memulakan perjanjian… Perubahan disimpan automatik pada peranti ini
👤 Pengisian oleh Penyewa
Maklumat Tuan Rumah dan sewaan daripada link akan dimuatkan secara automatik. Penyewa kemudian melengkapkan maklumat peribadi, dokumen pengenalan dan tandatangan.
LANGKAH 2 — Lengkapkan bahagian Penyewa Pada peringkat ini hanya maklumat Penyewa, dokumen pengenalan dan tandatangan diperlukan. Bahagian Tuan Rumah dan syarat sewaan telah disediakan lebih awal melalui link khas.
👤 Lengkapkan maklumat Penyewa, dokumen pengenalan dan tandatangan, kemudian hantar semula kepada Tuan Rumah.
Ikon rumah

SURAT PERJANJIANSEWA RUMAH

JENIS RUMAH SEWA
Tandakan ( / ) pada pemilik dokumen ini.
Maklumat tambahan untuk menyalin secara automatik
🏠 Tuan Rumah
MyKad: 12 digit. Format akhir: 123456-XX-XXXX.
👤 Penyewa
MyKad: 12 digit. Format akhir: 123456-XX-XXXX.
Digunakan Automatik: Maklumat ini akan digunakan semula pada Bahagian 1, Bahagian 3 dan ruangan tandatangan berkaitan.
SULIT

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1
MAKLUMAT PENYEWA4
BAHAGIAN 2
MAKLUMAT PASANGAN / PENYEWA BERSAMA (Sekiranya Ada)5
BAHAGIAN 3
MAKLUMAT SEWAAN6
BAHAGIAN 4
SENARAI INVENTORI7
BAHAGIAN 5
PERSETUJUAN PERJANJIAN8
BAHAGIAN 6
TANGGUNGJAWAB PENYEWA9
Perkara 6.1 - 6.5 – Deposit9
Perkara 6.6 - 6.8 – Bil Utiliti10
Perkara 6.9 - 6.11 – Pembayaran Sewa dan Caj Lain-Lain11
Perkara 6.12 – Denda Lewat Bayar12
Perkara 6.13 - 6.14 - Penjagaan Inventori12
Perkara 6.15 - 6.17 – Insurans13
Perkara 6.18 - 6.20 – Aktiviti Larangan13
Perkara 6.21 – Sewaan Ke Atas Orang Lain (Sublet)14
Perkara 6.22 - 6.25 – Pengubahsuaian Bilik Sewa atau Rumah Sewa15
Perkara 6.27 – Bahan Berbahaya16
Perkara 6.28 – Pihak Pengurusan (Joint Management Body, JMB)16
Perkara 6.29 - 6.31– Kebersihan Bilik dan Rumah17
Perkara 6.32 – Laporan Kerosakan17
Perkara 6.33 - 6.34 – Keselamatan18
Perkara 6.35 - 6.38 – Adab Bersama Penyewa Bilik Lain dan Jiran Tetangga18
Perkara 6.39 – Pemeriksaan19
SULIT
Perkara 6.40 – Pembaikan Kerosakan oleh Penyewa Bilik20
Perkara 6.41 – 6.43 – Pindah Keluar20
Perkara 6.44 – Upacara Ghaib22
BAHAGIAN 7
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH23
Perkara 7.1 – Pembayaran oleh Tuan Rumah23
Perkara 7.2 - 7.3 – Hak Penjagaan Bilik Sewa dan Rumah Sewa23
Perkara 7.4 – Insurans24
Perkara 7.5 - 7.6 – Pembaikan Kerosakan oleh Tuan Rumah24
Perkara 7.7 – Pemulangan Wang Deposit24
Perkara 7.8 – Keselamatan Bilik Sewa dan Rumah Sewa25
Perkara 7.9 – Pelanggaran Syarat26
Perkara 7.10 – Notis Masuk Bilik Sewa dan Rumah Sewa26
Perkara 7.11 – Penguncian Pintu Utama26
Perkara 7.12 – Kos Penyediaan Kontrak26
BAHAGIAN 8
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH – PENYEWA27
Perkara 8.1 – Tempoh Sewaan27
Perkara 8.2 – Tujuan Sewaan27
Perkara 8.3 - 8.4 – Serahan Kunci Bilik Sewa dan Rumah Sewa28
Perkara 8.5 – Kenaikan Kadar Sewa28
Perkara 8.6 – Kaedah Pembayaran28
Perkara 8.7 – Tunggakan Sewa29
Perkara 8.8 - 8.10 – Pembaharuan Kontrak29
Perkara 8.11 - 8.13 – Penamatan Kontrak30
Perkara 8.14 - 8.16 – Penjualan dan Pelupusan Rumah Sewa31
Perkara 8.17 - 8.19 – Pergantungan Kontrak31
Perkara 8.20 – Perubahan Undang-Undang33
Perkara 8.21 – Pengeluaran Notis33
Perkara 8.22 - 8.23 – Tempat Letak Kereta33
BAHAGIAN 9
RUMUSAN35
BAHAGIAN 1
MAKLUMAT PENYEWA
Nama
Jenis Dokumen Pengenalan
No. Dokumen Pengenalan
No. Tel. Bimbit
Butiran Orang yang Boleh Dihubungi Waktu Kecemasan
Nombor untuk Dihubungi Kecemasan
Emel
Media Sosial
Alamat Tetap/Asal
No. Tel. Rumah
Pekerjaan
Alamat Pejabat
No. Tel. Pejabat
PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK URUSAN PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH KEDIAMAN INI SAHAJA. PIHAK TUAN RUMAH JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN MAKLUMAT DI ATAS TIDAK DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK KETIGA TANPA KEBENARAN PENYEWA.
“Dengan ini saya sebagai Penyewa, mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Sekiranya saya didapati memberi maklumat palsu, pihak Tuan Rumah berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.”
Tandatangan Penyewa
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
Tandatangan Tuan Rumah
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
Pilihan BAHAGIAN 2
Tandakan pilihan ini jika anda mahu mengisi maklumat pasangan / penyewa bersama. Jika tidak ditandakan, BAHAGIAN 2 dan dokumen pengenalan Pasangan / Penyewa Bersama tidak akan dipaparkan serta tidak dimasukkan dalam PDF atau cetakan.
BAHAGIAN 3
MAKLUMAT SEWAAN
Tarikh Perjanjian
Maklumat Tuan Rumah(Nama, No KP & Telefon)
Maklumat Penyewa(Nama, No KP & Telefon)
Alamat Rumah Sewa
Tempoh Sewaan
Tarikh Mula Sewaan
Tarikh Tamat Sewaan
Kadar Sewaan Bulanan
Jadual Pembayaran
Pada atau sebelum hb setiap bulan
Denda Lewat Bayar (Harian)
RM10.00 sehari (sepuluh ringgit Malaysia)
Tapak Tempat Letak Kereta (Lot)
Deposit Wang Jaminan
Sekuriti
Utiliti
Tempoh Pemulangan
14 hari selepas penilaian dilakukan oleh Tuan Rumah/wakil/ejen
Maklumat Bank Tuan Rumah
Kegunaan Sewaan
Untuk kediaman penyewa berdaftar sahaja.
BAHAGIAN 4
SENARAI INVENTORI
PENERANGAN: Senarai Inventori ialah rekod semua barangan, peralatan, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan oleh Tuan Rumah di dalam Rumah Sewa pada masa penyerahan rumah kepada Penyewa. Senarai ini digunakan untuk merekod jenis barang, bilangan, keadaan dan catatan berkaitan sebagai rujukan kedua-dua pihak sepanjang tempoh sewaan serta semasa pemeriksaan atau pemulangan rumah. Penyewa disarankan menyemak senarai ini dan memaklumkan sebarang kerosakan atau ketidakpadanan yang telah sedia ada semasa menerima rumah.
NoInventoriBilanganCatatan

Sila rujuk Lampiran A sebagai tambahan senarai inventori yang juga menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

🧠 Ringkasan & Semakan Pintar Semak maklumat utama ini sebelum tandatangan.
Semakan automatik
Tuan Rumah
Penyewa
Alamat Sewaan
Sewa / Bulan
Deposit Sekuriti
Deposit Utiliti
Tempoh
Tarikh Sewaan
Semakan konsistensi
Semakan Pintar membantu mengesan ketidakselarasan asas sahaja. Maklumat wajib masih disahkan oleh sistem dan pengguna tetap perlu menyemak keseluruhan perjanjian.
✍️ TANDATANGAN TUAN RUMAH

Tandatangan ini wajib sebelum Link Penyewa dijana dan akan digunakan semula pada ruangan Tuan Rumah dalam perjanjian penuh.

Tandatangan Tuan Rumah
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
Minimum sebelum link boleh dijana: Nama Tuan Rumah, Jenis & No. Dokumen Pengenalan, No. Telefon, E-mel Tuan Rumah dan Alamat Rumah/Bilik Sewa.
Lompat terus ke maklumat wajib yang belum lengkap.
BAHAGIAN 5
PERSETUJUAN PERJANJIAN

Perjanjian (yang dirujuk sebagai “Perjanjian” atau “Kontrak”) ini akan bermula dan tamat pada tarikh yang telah ditetapkan pada Bahagian 3 (Maklumat Sewaan) dan dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu di antara pihak pemilik rumah (yang dirujuk sebagai “Tuan Rumah”) dan pihak yang menyewa rumah (yang dirujuk sebagai “Penyewa”).

Manakala

  1. Tuan Rumah adalah pemilik yang sah pada keseluruhan rumah beralamat seperti yang ditulis pada Bahagian 3 (Maklumat Sewaan) pada Perjanjian ini (yang dirujuk sebagai “Rumah Sewa”).
  2. Tuan Rumah telah bersetuju untuk menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju untuk mengambil keseluruhan Rumah Sewa tersebut dengan tanggungjawab yang telah disenaraikan di dalam Perjanjian ini.
BAHAGIAN 6
TANGGUNGJAWAB PENYEWA

Dengan ini, pihak Penyewa bersetuju dengan Tuan Rumah untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Perkara 6.1 – Deposit

6.1 Membayar duit Deposit seperti mana yang telah dipersetujui bersama pihak Tuan Rumah pada Bahagian 3. Deposit Sekuriti akan digunakan sebagai perlindungan terhadap Tuan Rumah daripada sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian ini oleh Penyewa. Deposit Utiliti akan digunakan sekiranya Penyewa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab pada Perkara 6.2. Wang Deposit tidak boleh digunakan sebagai pembayaran sewa rumah.

Perkara 6.2 – Bil Utiliti

6.2 Bertanggungjawab membayar kesemua jenis bil utiliti termasuk bil air, elektrik, telefon, Internet dan lain-lain yang dikenakan pada rumah tersebut sepanjang tempoh sewaan kecuali beberapa jenis pembayaran lain yang harus ditanggung oleh Tuan Rumah seperti yang tertulis pada Perkara 6.1. Tuan Rumah berhak menggunakan atau melaksanakan pemotongan terhadap utiliti yang berkenaan sehingga Penyewa melangsaikan ke semua tunggakan tersebut.

Perkara 6.3 – Pembayaran Sewa dan Caj Lain-Lain

6.3 Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama Penyewa lain untuk membayar bayaran sewa dan bayaran pada Perkara 6.1 di atas pada tarikh yang telah dipersetujui oleh pihak Tuan Rumah seperti dinyatakan pada Bahagian 3 (Maklumat Sewaan).

Perkara 6.4 - Penjagaan Inventori

6.4 Mengekalkan bilangan dan kualiti inventori yang telah disediakan dalam Bahagian 4 atau lampiran bersama surat Perjanjian ini dalam keadaan yang baik. Penyewa perlu menggantikan setiap barangan yang rosak atau hilang kepada keadaan yang asal. Sekiranya Penyewa gagal memperbetulkan keadaan, Tuan Rumah berhak untuk mengenakan caj terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan pada mana-mana perkara yang disenaraikan di dalam senarai inventori tersebut.

Perkara 6.5 - 6.6 – Aktiviti Larangan

6.5 Rumah Sewa dan kawasan sekitarnya tidak boleh digunakan oleh pihak Penyewa dan/atau mana-mana pihak untuk melakukan perbuatan tersenarai di bawah sepanjang tempoh sewaan.

  1. Menjalankan aktiviti perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  2. Menjalankan sebarang bentuk kegiatan haram
  3. Melakukan apa-apa perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak bermoral
  4. Menjalankan perniagaan haram atau perjudian
  5. Membeli, menjual, mengambil atau apa-apa aktiviti yang melibatkan dadah
  6. Memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang di dalam rumah tersebut

6.6 Dilarang melakukan perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan rumah tersebut adalah dilarang sama sekali. Tindakan undang-undang sewajarnya berhak diambil oleh Tuan Rumah sekira ianya berlaku.

Perkara 6.7 – Sewaan Ke Atas Orang Lain (Sublet)

6.7 Memaklumkan serta harus mendapatkan kebenaran bertulis tidak kurang dari empat belas (14) hari daripada pihak Tuan Rumah sekiranya terdapat penambahan bilangan penyewa rumah (termasuk menyewakan sebahagian atau seluruh rumah sewa kepada orang lain). Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penambahan penyewa tersebut dan mereka harus mematuhi segala tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Tuan Rumah melalui Perjanjian ini.

Sekiranya Penyewa melanggar Perkara 6.7 ini maka pihak Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang harus dibayar oleh Penyewa tambahan tersebut dan/atau pihak Tuan Rumah berhak membuat potongan Deposit Sekuriti sekiranya perlu.

Perkara 6.8 – 6.9 – Pengubahsuaian Rumah

6.8 Tidak melakukan sebarang perubahan berbentuk pertambahan atau pengurangan terhadap reka bentuk serta struktur asal Rumah Sewa tanpa persetujuan bertulis daripada pihak Tuan Rumah. Perkara ini merangkumi bahagian luar dan dalam bangunan Rumah Sewa.

6.9 Tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja pengubahsuaian reka bentuk dalaman seperti menebuk dinding, siling atau lantai untuk tujuan dekorasi melainkan mendapat persetujuan daripada pihak Tuan Rumah. Sekiranya dibenarkan, pergantungan bingkai gambar hendaklah menggunakan wallplug yang ditebuk ke dalam dinding.

Perkara 6.10 – Haiwan Peliharaan

6.10 Tidak akan membela, menternak dan/atau membiak apa-apa jenis haiwan dalam kawasan Rumah Sewa kecuali dengan kebenaran pihak Tuan Rumah. Sekiranya kebenaran diberikan, Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya memastikan keselesaan penduduk sekitar kawasan perumahan dan mengekalkan kebersihan rumah sepanjang masa.

Perkara 6.11 – Bahan Merbahaya

6.11 Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, mercun, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi peraturan undang-undang untuk berbuat demikian serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang terbabit dan seterusnya mendapat kebenaran bertulis pihak Tuan Rumah.

Perkara 6.12 – Pihak Pengurusan (Joint Management Body, JMB)

6.12 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Apartmen/Pangsa/Taman atau lain-lain jenis perumahan (sekiranya ada).

Perkara 6.13 - 6.14 – Kebersihan Rumah

6.13 Bertanggungjawab menjaga kebersihan keseluruhan persekitaran luar dan dalam bangunan Rumah Sewa termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan di sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah, pegawai-pegawai yang terbabit dan/atau wakil Tuan Rumah yang diberi kuasa olehnya.

6.14 Memelihara keadaan Rumah Sewa sepanjang tempoh Penyewaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk didiami. Sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, ribut taufan atau lain-lain bencana alam adalah dikecualikan.

Perkara 6.15 – Laporan Kerosakan

6.15 Memaklumkan kepada Tuan Rumah tentang kerosakan yang bukan di bawah senarai inventori atau tanggungjawab Penyewa yang telah ditetapkan oleh Tuan Rumah tidak kurang dari satu (1) hari selepas kerosakan tersebut berlaku. Tuan Rumah berhak mengenakan kos tambahan atau penalti kepada Penyewa sekiranya Penyewa gagal dalam memberi notis pada waktu yang ditetapkan.

Perkara 6.16 - 6.17 – Keselamatan

6.16 Penyewa tidak dibenarkan memasang peralatan keselamatan tambahan seperti mangga pagar, jeriji besi dan menukar tombol pintu atau tingkap yang baru tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Tuan Rumah setelah ianya disediakan oleh pihak Tuan Rumah dan masih berada dalam keadaan yang baik. Tuan Rumah juga perlu menerima semua jenis salinan kunci tambahan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari setelah ianya dipasang. Pembiayaan untuk pertambahan peralatan tersebut juga hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Penyewa sekiranya dibenarkan oleh pihak Tuan Rumah untuk berbuat demikian.

6.17 Memaklumkan dan mendapat kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah sekiranya ingin menambah sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan sekiranya ia tidak disediakan oleh pihak Tuan Rumah. Kos pembiayaan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa melainkan atas budi bicara Tuan Rumah.

Perkara 6.18 - 6.19 – Adab Berjiran

6.18 Tidak melakukan dan/atau membenarkan penghuni rumah melakukan apa-apa perbuatan salah laku atau kesalahan di sisi undang-undang dalam kawasan Rumah Sewa, yang mana ianya boleh menganggu-gugat suasana atau ketenteraman dalam kalangan jiran / penduduk di sekitar kawasan Rumah Sewa. Perkara 6.18 ini juga merangkumi perbuatan seperti membuat bising, memasang muzik yang kuat, dan segala aktiviti-aktiviti yang menyebabkan ketenteraman jiran terganggu.

6.19 Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan atau pergaduhan dengan jiran secara aman dan profesional. Segala kerosakan disebabkan pertelingkahan ini perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak Penyewa. Pihak Tuan Rumah tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.

Perkara 6.20 – Pemeriksaan

6.20 Membenarkan pihak Tuan Rumah atau wakilnya yang telah diberi kuasa untuk memasuki Rumah Sewa bagi membuat pemeriksaan berkala atau melakukan kerja baik pulih/ubah suai terhadap rumah tersebut sekiranya ia dirasakan perlu dan munasabah oleh Tuan Rumah. Tuan Rumah akan memberi notis tidak kurang dari tujuh (7) hari sebelum membuat pemeriksaan atau setelah mendapat kebenaran daripada Penyewa.

Perkara 6.21 – Pembaikan Kerosakan oleh Penyewa

6.21 Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan peralatan atau kemudahan dalam dan luar Rumah Sewa yang disebabkan oleh mana-mana pihak Penyewa secara sengaja atau tidak sengaja kecuali disebabkan oleh bencana alam. Sekiranya pihak Penyewa gagal berbuat demikian, Penyewa perlu membayar ganti rugi kepada Tuan Rumah bagi menampung perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki kerosakan tersebut. Wang Deposit juga boleh digunakan oleh pihak Tuan Rumah untuk membaiki kerosakan tersebut dan Tuan Rumah berhak menamatkan tempoh sewaan sekiranya Penyewa enggan bekerjasama.

Perkara 6.22 – 6.24 – Pindah Keluar

6.22 Penyewa perlu memberi notis bertulis tidak kurang dari tiga (3) bulan kepada Tuan Rumah sekiranya Penyewa ingin keluar daripada Rumah Sewa lebih awal daripada tarikh tamat tempoh Perjanjian atas persetujuan Tuan Rumah. Sekiranya Penyewa gagal untuk melaksanakan yang sedemikian, wang Deposit tidak akan dikembalikan kepada Penyewa. Tuan Rumah berhak mengenakan caj tambahan sekiranya terdapat sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak Tuan Rumah disebabkan oleh Perkara 6.22 ini.

6.23 Sepanjang tempoh tiga (3) bulan notis Keluar Rumah diberikan oleh Penyewa melainkan Penyewa bersetuju untuk menyambung tempoh sewaan, individu yang telah diberi kebenaran bertulis oleh Tuan Rumah dibenarkan untuk melawat dan memasuki Rumah Sewa dengan notis tidak kurang dari tiga (3) hari kepada Penyewa.

6.24 Penyewa harus melangsaikan semua bayaran sewa, bil dan pembiayaan berkaitan Rumah Sewa tersebut yang tertunggak kepada Tuan Rumah seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini sebelum menamatkan Kontrak.

Perkara 6.25 – Upacara Ghaib

6.25 Penyewa tidak dibenarkan untuk mengamalkan sebarang upacara yang melibatkan aktiviti-aktiviti ilmu hitam seperti pemujaan pada perkara ghaib, servis bomoh, tilik nasib, jampi, penyembelihan, ilmu sihir upacara-upacara keagamaan yang salah dari sisi undang-undang negara dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

BAHAGIAN 7
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH

Dengan ini, pihak Tuan Rumah bersetuju dengan Penyewa untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Perkara 7.1 – Pembayaran oleh Tuan Rumah

7.1 Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Penyelenggaraan yang dikenakan ke atas rumah yang beralamat seperti di Bahagian 3 sepanjang tempoh Penyewaan.

Perkara 7.2 - 7.3 – Hak Penjagaan Rumah Sewa

7.2 Memberi hak sepenuhnya ke atas penjagaan Rumah Sewa kepada Penyewa dan memberi ruang kepada Penyewa untuk duduk di dalam Rumah Sewa tersebut secara aman dan tenteram, tanpa di ganggu oleh Tuan Rumah atau mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan Tuan Rumah. Sekiranya Penyewa melanggar mana-mana peraturan di dalam Perjanjian ini, maka Perkara 7.2 ini terbatal dengan sendirinya.

7.3 Sekiranya Penyewa telah membayar sewa, menyelesaikan semua jenis bil serta menjaga keadaan keseluruhan rumah dengan baik, Penyewa berhak mendapat kebebasan untuk menggunakan rumah tersebut tanpa diganggu oleh pihak Tuan Rumah sepanjang tempoh sewaan.

Perkara 7.4 – Insurans

7.4 Memastikan Rumah Sewa dilindungi dengan Insurans daripada kerosakan atau kemusnahan yang berlaku akibat dan tidak terhad kepada Kebakaran atau bencana-bencana alam yang lain.

Perkara 7.5 – Pembaikan Kerosakan oleh Tuan Rumah

7.5 Membaiki sebarang kerosakan yang melibatkan struktur dan sistem utiliti rumah seperti dan tidak terhad kepada bahagian atap, dinding utama, lantai (termasuk jubin), siling, perpaipan dan pendawaian yang bukan disebabkan oleh Penyewa. Pihak Tuan Rumah juga bertanggungjawab untuk memperbaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam, dimakan oleh serangga, faktor usia atau sesuatu yang tidak dapat dijangka. Segala kerosakan akan dibaiki oleh Tuan Rumah dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari selepas notis kerosakan dikeluarkan oleh Penyewa.

Perkara 7.6 – Pemulangan Wang Deposit

7.6 Tuan Rumah akan memulangkan wang Deposit kepada Penyewa di penghujung tempoh Penyewaan ini iaitu seperti yang dinyatakan pada Bahagian 3, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Wang Deposit juga akan digunakan sekiranya Penyewa gagal berbuat yang demikian:

  1. Membayar tunggakan sewa rumah
  2. Membayar bil-bil tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Perkara 6.2
  3. Membaiki segala kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan sengaja atau kecuaian Penyewa kecuali kerosakan disebabkan bencana alam seperti yang dinyatakan pada Perkara 6.21.
  4. Sentiasa membersih, mengemas dan memastikan keadaan rumah dalam keadaan yang baik

Perkara 7.7 – Keselamatan Rumah

7.7 Memastikan sistem keselamatan rumah telah disediakan sebelum Penyewa mendiami rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap serta berada dalam keadaan baik. Sistem pendawaian rumah dan bekalan air juga harus boleh digunakan dengan lancar dan selamat. Sekiranya pihak Tuan Rumah gagal memenuhi Perkara 7.7 ini, pihak Penyewa berhak menambah peralatan ciri-ciri keselamatan yang dirasakan perlu dengan persetujuan Tuan Rumah kecuali sistem pemantauan kamera litar tertutup (CCTV). Kos pembiayaan penambahan alatan keselamatan tersebut juga perlu ditanggung oleh Tuan Rumah sekiranya ia gagal disediakan oleh Tuan Rumah dalam keadaan yang baik.

Perkara 7.8 – Pelanggaran Syarat

7.8 Penyewa berhak menamatkan tempoh sewaan dan mengosongkan kediaman Rumah Sewa dengan notis tidak kurang dari tiga (3) bulan sekiranya Tuan Rumah gagal memenuhi syarat-syarat dan tanggungjawab yang termaktub dalam Perjanjian ini.

Perkara 7.9 – Notis Masuk Rumah

7.9 Memberi Notis Masuk Rumah Sewa tidak kurang dari tujuh (7) hari atau tempoh yang telah dipersetujui bersama Penyewa sebelum memasuki sebahagian atau keseluruhan Rumah Sewa.

Perkara 7.10 – Penguncian Pintu Utama

7.10 Tuan Rumah tidak dibenarkan untuk menukar kunci pintu utama atau mana-mana bahagian rumah yang menyebabkan Penyewa tidak boleh masuk atau keluar ke/dari rumah tersebut tanpa kebenaran Penyewa. Sekiranya didapati Tuan Rumah melanggar Perkara 7.10 ini, Penyewa berhak menuntut ganti rugi yang berkaitan.

Perkara 7.11 – Kos Penyedian Kontrak

7.11 Tuan Rumah harus menanggung segala kos yang berkaitan dengan penyediaan Kontrak ini supaya ia sah digunakan di sisi undang-undang negara Malaysia dan boleh dibawa ke mahkamah untuk tujuan menyelesaikan isu berbangkit mengenai sewaan Rumah Sewa.

BAHAGIAN 8
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH – PENYEWA

Perkara 8.1 – Tempoh Sewaan

8.1 Perjanjian ini adalah sah sepanjang tempoh sewaan sahaja seperti yang telah ditetapkan pada Bahagian 3 dan akan terbatal secara sendirinya tanpa perlu mempunyai sebarang kebenaran dari Tuan Rumah atau Penyewa.

Perkara 8.2 - 8.3 – Serahan Kunci Rumah Sewa

8.2 Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci Rumah Sewa kepada Penyewa selepas Penyewa membayar wang Deposit melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak untuk menangguh atau mempercepatkan tempoh penyerahan kunci tersebut.

8.3 Sekiranya Perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah menjadi tanggungjawab Penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan kadar segera.

Perkara 8.4 – Kenaikan Kadar Sewa

8.4 Tuan Rumah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar sewa rumah sepanjang tempoh sewaan yang telah ditetapkan pada Bahagian 3 Perjanjian ini. Sekiranya Tuan Rumah bertindak untuk menaikkan kadar sewa rumah, Perjanjian ini akan terbatal serta-merta dan Penyewa mempunyai hak untuk keluar daripada rumah tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari notis pemberitahuan kadar sewa rumah yang baru.

Perkara 8.5 – Kaedah Pembayaran

8.5 Segala pembayaran perlu dibuat melalui transaksi atas talian kepada maklumat bank Tuan Rumah yang dinyatakan pada Bahagian 3 oleh pihak Penyewa sama ada melalui Online Transfer, FPX atau pemindahan wang melalui mesin ATM melainkan kaedah pembayaran yang berbeza telah ditetapkan oleh Tuan Rumah. Pembayaran yang terlibat dalam Perkara 8.5 ini adalah pembayaran sewa, tunggakan sewa, Deposit dan lain-lain pembayaran yang telah dituntut oleh Tuan Rumah.

Perkara 8.6 – Tunggakan Sewa

8.6 Penyewa bertanggungjawab membayar segala tunggakan sewa pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah.

Sekiranya tiada bayaran diterima selepas satu (1) hari daripada tarikh yang telah dipersetujui, Tuan Rumah perlu mengeluarkan Notis Amaran atau Notis Tuntutan kepada Penyewa untuk melangsaikan tunggakan sewa tersebut.

  1. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas tujuh (7) hari daripada tarikh yang telah dipersetujui, Tuan Rumah berhak mengenakan caj tambahan yang dikenali sebagai Denda Lewat Bayar (seperti yang dinyatakan pada Bahagian 3) kepada Penyewa dengan jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
  2. Sekiranya tiada bayaran diterima selepas tiga puluh (30) hari daripada tarikh yang telah dipersetujui, Tuan Rumah atau wakil berhak untuk melakukan tindakan undang-undang terhadap Penyewa dan segala kos melibatkan prosedur mahkamah hendaklah ditanggung oleh Penyewa.

Perkara 8.7 - 8.9 – Pembaharuan Kontrak

8.7 Sekiranya Penyewa ingin perbaharui tempoh Penyewaan setelah tamatnya Perjanjian ini, maka Penyewa mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang satu (1) bulan sebelum tamat tempoh Penyewaan tersebut.

8.8 Pihak Tuan rumah berhak memegang wang Deposit dengan nilai seperti yang dinyatakan pada Bahagian 3 sekiranya Penyewa bersetuju untuk memperbaharui Kontrak ini. Tuan Rumah dan Penyewa bersetuju untuk menggunakan wang Deposit ini dijadikan sebagai Deposit pada Kontrak penyewaan yang seterusnya.

8.9 Pihak Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh Penyewaan atas alasan yang munasabah dan relevan setelah tempoh sewaan tamat.

Perkara 8.10 - 8.11 – Penamatan Kontrak

8.10 Pihak Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh Penyewaan sekiranya berlaku pelanggaran pada mana-mana syarat dalam surat Perjanjian ini atau/dan sekiranya Tuan Rumah ingin semula rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari dua (2) bulan notis bertulis kepada Penyewa.

8.11 Sekiranya Penyewa ingin menamatkan Kontrak Penyewaan lebih awal daripada tarikh seperti ditulis pada Bahagian 3, Penyewa perlu melunaskan baki sewaan yang belum dibayar kepada pemilik rumah sepanjang tempoh Penyewaan yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian ini.

Perkara 8.12 – Perubahan Undang-Undang

8.12 Sekiranya berlaku perubahan pada undang-undang sedia ada atau peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa yang boleh memberi impak kepada Perjanjian ini, Tuan Rumah berhak menjalankan tanggungjawabnya untuk mematuhi segala perubahan yang telah ditetapkan dan meminda syarat-syarat di dalam Perjanjian ini. Penyewa berhak untuk meneruskan atau menamatkan Kontrak dengan notis bertulis tidak kurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah.

Perkara 8.13 – Pengeluaran Notis

8.13 Segala Notis yang dikeluarkan di bawah Perjanjian ini harus dalam bentuk bertulis. Medium penghantaran Notis perlu dilakukan melalui emel, surat, sistem pesanan ringkas (SMS), segala aplikasi mempunyai fungsi SMS seperti dan tidak terhad kepada WhatsApp, Messenger atau Telegram, atau mana-mana medium yang mempunyai fungsi penghantaran mesej melalui tulisan.

Perkara 8.14 – Tempat Letak Kereta

8.14 Sekiranya ada, Tuan Rumah perlu menyediakan tempat letak kereta untuk kegunaan Penyewa sepanjang tempoh sewaan pada tapak yang telah disediakan seperti dinyatakan pada Bahagian 3. Penyewa bersetuju untuk menjaga tapak tempat letak kereta dengan baik tanpa merosakkan atau menempatkan sesuatu yang lain selain daripada kenderaan persendirian melainkan mendapat persetujuan daripada Tuan Rumah.

BAHAGIAN 9
RUMUSAN
  1. Segala maklumat yang telah terkandung di dalam surat Perjanjian ini telah diteliti oleh kedua-dua belah pihak dan adalah BENAR. Sekiranya berlaku sebarang perubahan/perlanggaran Perjanjian, Tuan Rumah atau/dan Penyewa berhak untuk meminda semula Perjanjian ini, bergantung pada budi bicara kedua-dua belah pihak.
  2. Perjanjian ini adalah SULIT dan Tuan Rumah serta Penyewa dan/atau pasangan dan/atau Penyewa bersama BERSETUJU untuk tidak mendedahkan mana-mana maklumat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini kepada mana-mana pihak ketiga.
  3. Dengan ini, kedua-dua belah pihak BERSETUJU untuk melaksanakan semua perkara yang telah termaktub di dalam surat Perjanjian ini sepanjang tempoh Penyewaan rumah beralamat seperti tertulis dalam Bahagian 3 Perjanjian ini. Sekiranya mana-mana pihak gagal mematuhi Perjanjian yang telah ditetapkan, pihak tersebut berhak dikenakan tindakan seperti yang telah dipersetujui di dalam surat Perjanjian ini.
Tandatangan Penyewa
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
Tandatangan Tuan Rumah
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
SAKSI
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
SAKSI
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
LAMPIRAN A

Lampiran A

(Inventori)

Dokumen Pengenalan Penyewa

Hadapan

Pilih gambar / PDF dokumen pengenalan bahagian hadapan.

Belakang

Pilih gambar / PDF dokumen pengenalan bahagian belakang.
🧠 Ringkasan & Semakan Pintar Semak maklumat utama ini sebelum tandatangan.
Semakan automatik
Tuan Rumah
Penyewa
Alamat Sewaan
Sewa / Bulan
Deposit Sekuriti
Deposit Utiliti
Tempoh
Tarikh Sewaan
Semakan konsistensi
Semakan Pintar membantu mengesan ketidakselarasan asas sahaja. Maklumat wajib masih disahkan oleh sistem dan pengguna tetap perlu menyemak keseluruhan perjanjian.
✍️ TANDATANGAN PENYEWA & PENYEWA BERSAMA

Tandatangan di sini akan disimpan bersama maklumat Penyewa. Apabila Tuan Rumah membuka semula perjanjian, sistem akan meletakkan tandatangan secara automatik pada ruangan yang berkaitan. Kotak ini tidak akan menjadi halaman tambahan dalam PDF.

“Dengan ini saya sebagai Penyewa, mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Sekiranya saya didapati memberi maklumat palsu, pihak Tuan Rumah berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas saya.”
Tandatangan Penyewa
Nama:
Tarikh:
Gerakkan pointer + ke titik mula, tandatangan secara terus, atau muat naik gambar tandatangan.
👤 Status Maklumat Penyewa
Status Maklumat Penyewa
Menyemak maklumat...
Lengkapkan semua ruang wajib untuk terus ke semakan.

📨 Pilihan Tindakan Selepas Borang Lengkap

Tuan Rumah boleh pilih untuk hantar melalui WhatsApp atau e-mel, muat turun PDF, atau cetak. Untuk WhatsApp dan e-mel, maklumat penerima dimasukkan sendiri dan tidak akan dimasukkan ke dalam PDF.

Paparan Ringkas: Isi Kandungan serta Bahagian 5, 6, 7 dan 8 disembunyikan pada skrin sahaja. Kandungan penuh akan dimasukkan semula secara automatik apabila PDF dijana atau dokumen dicetak.
Untuk penyeteman HASiL: tandakan pilihan di bawah untuk menghasilkan dokumen ringkas yang mengandungi BAHAGIAN 1, BAHAGIAN 3 dan BAHAGIAN 9 sahaja.